Jojoba Seed Oil
jojoba

Tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Ekstrak yang diambil daripada biji buah Jojoba (disebut ho-ho-ba) mempunyai sifat antioksidan dan mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Kompleks yang tinggi. Mudah diserap oleh kulit untuk menjadikan kulit lembut dan gebu. Berkesan untuk melembapkan terutamanya kepada kulit kering.

Citrus aurantium dulcis (orange) oil

citrus aurantium oil

Buah oren yang mempunyai antioksidan dan Vitamin C yang sangat tinggi. Membantu memulihkan warna tona kulit, merangsangkan pertumbuhan sel kulit baru, melembapkan, meningkatkan pengeluaran kolagen, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan untuk menunjukkan wajah yang lebih segar dan lebih muda.

Commiphora mukul resin

commiphora

Tumbuhan ini banyak didapati di bahagian utara India. Ia telah lama digunakan dalam rawatan ayuverdik India. Semakin usia meningkat , semakin susut kolagen dan elastin pada kulit. Akibatnya kulit menjadi kendur dan berkedut. Proses ini menjadi lebih cepat dengan pendedahan berlebihan terhadap matahari dan sinaran UV. Elastase merupakan enzim utama yang menyebabkan penyusutan elastin. Penggunaan herba ini dapat mengurangkan aktiviti elastase dan merangsang pembentukan kolagen supaya kulit nampak lebih tegang dan muda remaja.

Sunflower seed oil

sunflower

Bunga matahari yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin A,D dan E. Nutrien-nutrien ini menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit, merawat kulit kering, mengurangkan kesan-kesan penuaan, mengurangkan saiz pori-pori, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengelakkan kerosakan yang disebabkan sinaran UV.

Nymphaea Alba (Water Lily) Extract

nyamphea

Ekstrak daripada bunga teratai yang mempunyai antioksidan sangat tinggi serta mengandungi Vitamin C dan E. Sebagai sumber mineral-mineral yang penting untuk kulit yang sihat. Juga bertindak sebagai pendorong kepada pembentukan kolagen.

Salvia officinalis oil

salvia

Tumbuhan renek yang berasal dari negara Mediterranean. Ekstrak daunnya mempunyai sumber antioksidan. Ia melidungi kulit daripada rosak dan mengelakkan kulit lebih cepat tua daripada sepatutnya.
Herba ini kaya dengan kalsium dan Vitamin A yang diperlukan untuk menentang radikal-radikal bebas yang menyebabkan penuaan, menggalakkan pertumbuhan kulit baru dan memberikan warna tona kulit yang lebih sekata.

Azadirachta indica leaf extract

azadira

Daun daripada pokok yang berasal dari India dan Pakistan. Ia mengandungi sumber antioksidan yang luar biasa dan dipercayai kekuatan antioksidannya adalah beratus kali lebih kuat daripada beri biru dan brokoli. Herba yang telah sekian lama digunakan terutamanya oleh masyarkat India untuk merawat ekzema, ruam, jerawat dan kulit kering. Mempunyai fungsi melembap semulajadi yang sangat sesuai untuk kulit. Sesuai untuk melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan alam persekitaran.

Caffeine

caffeine

Kafein daripada sumber kopi mengandungi antioksidan yang berupaya mengecilkan urat-urat darah bersaiz kecil di bawah permukaan kulit supaya lingkaran hitam dan sembab di bawah mata dapat dikurangi. Kafein juga dapat mengurangkan kesan kerosakan pada kulit yang disebabkan sinaran UV.

Citrus aurantium dulcis (orange) callus

citrus aurantium

Sumber antioksidan daripada kulit limau yang mengandungi Vitamin C. Berupaya merangsangkan pengeluaran kolagen serta melancarkan perjalanan darah di bawah permukaan kulit. Oleh itu, kulit mudah mendapat nutrien dan pertumbuhan sel-sel-sel kulit baru menjadi lebih cepat. Hasilnya ialah kulit yang lebih segar, sihat, berseri-seri dan lebih tegang.

Rosmarinus officinalis leaf oil

rosmarius

Tumbuhan ini banyak terdapat di negara Mediterranean. Ekstrak daunnya mempunyai antioksidan yang melancarkan peredaran darah di bawah kulit. Peredaran darah yang lancar akan menyebabkan kulit mudah mendapat nutrien. Hasilnya ialah kulit yang lebih sihat, lebih cerah, warna tona kulit lebih sekata, kulit lebih lembap dan lebih anjal.

Punica gratum seed oil

punica

Buah delima adalah sumber antioksidan yang mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang sangat tinggi yang mampu mengelakkan kerosakan sel kulit. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan keupayaan herba ini memperbaiki kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari dan penuaan.
Herba ini memanjangkan hayat fibroblasts iaitu sel-sel yang berfungsi untuk menghasilkan kolagen dan elastin, merangsangkan pengeluaran kolagen dan mengelakkan ‘kemusnahan’ fiber kolagen iaitu penyebab penuaan kulit dan kedutan.

Thymus zygis flower oil

thymus

Tumbuhan renek daripada negara Mediterranean. Minyak dari bunga dan daunnya mempunyai sumber antioksidan yang sangat tinggi. Membantu memulihkan warna tona kulit.

Citrus aurantifolia (lime) juice

citrus aurantifilia

Limau kasturi ialah sumber antioksidan yang kaya dengan Vitamin C. Ia memberikan kelembapan, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta tanda-tanda penuaan untuk memberikan kulit yang lebih cantik berseri dan sihat.

Aloe barbadensis leaf juice

aloe

Lidah buaya yang terkenal dengan khasiat semulajadinya, sumber antioksidan yang mengandungi Vitamin A, C, E dan B12 yang meneutralkan radikal-radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.
Ia juga melindungi kulit daripada rosak disebabkan sinar UV, merangsangkan sel fibroblast yang menghasilkan kolagen, melembapkan dan berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati dan toksin untuk membersihkan pori-pori kulit. Hasilnya ialah kulit menjadi lebih sihat dan nampak lebih remaja,

Genistein

genisten

Komponen daripada kacang soya yang merupakan sumber antioksidan yang sangat baik untuk kulit. Kajian menunjukkan ia berupaya mengelakkan kerosakan kulit disebabkan faktor alam sekitar, memperbaiki tekstur kulit, menganjalkan dan menguatkan kulit serta membina kolagen. Ada juga kajian menunjukkan yang parut-parut juga boleh pudar dengan penggunaan Genistein.